Nuffnag Ads

Thursday, October 31, 2013

5 LANGKAH JANA INCOME MELALUI FACEBOOK PAGES

Encik SS nak kongsikan ngan kawan-kawan semua ilmu yang sempat dicedok dalam Majalah Niaga (TERIMA KASIH YER!). So kalau korang nak rasa nak menjana pendapatan sehingga RM7K, apa kata korang cuba tips @ langkah yang disharekan. Tak rugi pun kalau nak cuba!

LANGKAH 1# JADI 'BRAND AMBASSADOR'

Usahawan kecil mestilah mempunyai 3 kriteria dalam memaksimumkan FACEBOOK PAGES. Kriteria tersebut adalah Menetapkan Fokus Produk, Memilih Jenama Bisnes dan Mengetahui Sasaran Pelanggan.

Makanya, 3 langkah untuk menjadi 'Brand Ambassador' adalah

  1. Tambah Rakan-Rakan Sebanyak Yang Mungkin Yang Sesuai Dengan Bisnes Kita
  2. Sertai Facebook Pages, Events @ Group Yang Berkait Dengan Produk Kita
  3. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pengguna Facebook Lain Yang Sentiasa Komen Pada Gambar, Pages @ Komen
LANGKAH 2 #PADATKAN FAN PAGE DENGAN MAKLUMAT BERBENTUK MULTIMEDIA

Strategi mengemaskini FACEBOOK PAGE kita (kredit to website Seomoz.org) adalah
  1. Sentiasa muat turun gambar produk @ servis bisnes, opis yang berkaitan dengan bisnes
  2. Tunjukkan bagaimana produk bisnes kita berfungsi dengan menggunakan gambar
  3. Jika kita ada bahan merekod video, ianya senjata pemasaran tambahan
  4. Guna video untuk memberi respon kepada pelanggan kita
LANGKAH 3 #LENGKAPKAN MAKLUMAT BISNES

  1. Pergi ke http://www.facebook.com/usernama
  2. Letak nama bisnes @ produk yang relevan/gempak, di ruangan 'Enter Desired Username' 
  3. Kalau boleh letakkan dalam ruangan profil supaya senang pelanggan kita terus klik pada pautan 
LANGKAH 4 #MAKSIMAKAN FUNGSI LANDING TAB

Landing Tab fungsi khas dalam facebook. Ianya dicipta untuk ruangan interaktif mengikut kreativiti sendiri.  Contohnya kita hendak mendapatkan emel atau nombor telefon pelanggan.

LANGKAH 5 #PASTIKAN PAGES BISNES SENTIASA SEGAR

Konsistensi dalam pemasaran FACEBOOK PAGES boleh dilakukan melalui
  1. Pengumuman produk-produk terbaru menggunakan fungsi gambar, video dan juga wall post
  2. Sentiasa berhubung dengan pelanggan melalui FACEBOOK PAGES
  3. Bertanyakan soalan kepada pengguna. Contoh bagaimana memperbaiki kualiti servis bisnes 
  4. Perbanyakkan aktiviti komunikasi. Contoh pertandingan teka dan menang

2 comments:

  1. salam kenal. singgah sini terus follow sekali. jom, kalu sudi singgah dan follow blog saya juga. maceh

    ReplyDelete
  2. Ok, dah follow awak yer...Thanks you dan salam perkenalan jugak

    ReplyDelete

Tolong...Tolong...Tolonglah Komen