Nuffnag Ads

Monday, November 11, 2013

SIAPA KAT SINI SUKA MAKAN BUKU?

Mesti korang pelik kan, kenapalah encik SS tanya soalan yang tak tercapai dek akalmu ni. Jangan marah ek, nanti kena jual. Hahahaha....

Anyway nak share buku biografi daripada tokoh yang kalau korang tak kenal tak payah tinggal kat Malaysialah jawabnya. Encik SS baru ajer habis mentelaah (betul ker perkataan nie, DBP harap betulkan!)

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


Jutawan Melayu





Memang best baca buku ini. Kandungan buku nie banyak memberi inspirasi kepada encik SS untuk berusaha untuk berjaya dan dapat membantu serta membahagiakan orang lain melalui kebajikan. Jangan lupa diri dan asal usul kita. Doa dan restu ayah dan ibu amatlah penting dalam hidup kita

Dipetik daripada buku beliau mengatakan:

 " Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh."

" Pendekatan saya mudah. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian."

"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua."

"Ibu saya banyak berkorban untuk keluarga kami, dan saya akan sentiasa menghargainya. Dia juga menjadi contoh seorang Islam yang baik, sesuatu yang saya cuba teladani. Sehingga hari ini, saya masih meminta nasihatnya dan dia tidak pernah mengecewakan saya."



No comments:

Post a Comment

Tolong...Tolong...Tolonglah Komen