TULIS ATAS TANGAN
Alop bloggers, sori lama tak update blog. Al maklumlah alasan standard tak ada masa, sibuk 24 jam, idea tak datang dan yang paling syok MALAS ( makin kuranglah followers macam nie!).
Anyway just nak share ngan korang pasal SMS MARKETING! Apa bondo tuh? Khas buat korang peniaga tegar apa kata cuba kaedah nie. Manalah tahu boleh meluaskan lagi strategi bisnes korang. Ada 3 elemen yang korang kena tahu
KADAR SEMAKAN
Maksudnya bagaimana pelanggan kemaskini untuk dapatkan info baru. Tidak semua pelanggan akan buka emel setiap hari. Bahkan ada yang akan buka setiap minggu atau setiap bulan. Dalam masa kurang 3 minit SMS dihantar, automatik pelanggan akan terus dapat tahu perkembangan bisnes kita.
BACA DAHULU, BUANG KEMUDIAN
Perasan tak kalau kita buka emel, tindakan yang lazim kita lakukan adalah baca tajuk dahulu, kalau tajuk best baru dibaca isi kandungan emel berkenaan. Berbeza dengan sms, kebiasaan apabila sms masuk mesti korang baca kan! Kalau isi kandungan tu best, korang mesti akan baca sampai habis dan bertindak. Then, kalau tak suka delete ajer sms tuh. Nampak tak betapa kuatnya pengaruh sms.
KURANG BEBAN
Mempunyai alat pemasaran emel ibarat kita menanggung installment bisnes secara bulanan. Sebagai contoh, kita ambil pemasaran emel daripada Aweber. Setiap bulan, kita menanggung kos serendah USD19 dan harga meningkat selaras dengan jumlah emel yang kita ada. Pemasaran SMS berbeza kerana kita hanya bayar apabila mahu pakai. Dalam kes biasa, apabila kita mahu hantar SMS kepada pelanggan, kos akan ditolak menerusi servis telco yang ada.
kredit to
http://writetowealth.my untuk perkongsian tips