Nuffnag Ads

Monday, October 22, 2012

TOLONG SAYA NAK DEMAM

Adakah korang dah bersedia untuk demam? Demam apa? Bukan saja2 nak suruh demam tapi kalau bercakap pasal topik nie mestilah majoriti rakyat Malaysia akan dilanda demam punya. Untuk pengetahuan korang bukan demam AKADEMI FANTASIA ek (dah tamat riwayat pun) tapi demam BOLASEPAK merangkap PIALA MALAYSIA EDISI 2012. Encik SS dengan budak2 umah bungalow 66, encik Nazr Crew dan encik Sergio Zahidi telah gigih berjalan kaki (sangaaattttt) ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan yang terhebat di abad muka bumi ini. Dimaklumkan perlawanan bola ini melibatkan pasukan negeri Kelantan vs pasukan ATM (inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang). Mesti korang pikir apa kejadahnya nak pergi ke stadium tu, berhimpit-himpit dan bersesak-sesak plus ngan jem lagi tapi ada kitorang kisah. Demi menyatakan sokongan kami kepada pasukan PUJAAAN HATIKU iaitu pasukan KELANTAN, lautan manusia Stadium Shah Alam kami renangi harungi ok!

Kitorang bertolak dalam pukul 5 petang. Sesampai aja di Shah Alam, berduyun-duyun kereta, bas ,  kapal terbang (menipulah tu) bertempiaran di sekitar stadium. Punyalah stress nak cari parking, hujan pulak turun dengan lebatnya (hujan rahmat tanda kemenangan kot). Dah parking, perut lak lapar. Kenalah makan dulu, baru ada feel nak bersorak. Gomo Kelate Gomo!

Masuk aja stadium memang satu pemandangan yang tak disangka2. Selautan luas manusia berwarna merah memenuhi segenap pelusuk stadium. Dengan alunan bunyi gendang lagi. Memang terbaik penyokong-penyokong THE RED WARRIOR. Macam nielah peminat-peminat tegar bolasepak. Dari mula game sampai akhir game kedua-dua pasukan memang sama hebat (Kelantan lebih sikitlah...hahahaha). ATM memberikan tentangan yang sengit tapi kalau dah nasib untuk Kelantan menang nak buat macamana kan....Overall sangat-sangat puas hati....

Macam biasalah kalau tak disertakan dengan gambar-gambar pengikut-pengikut tegar blog encik SS mana percaya kan....



















Lupa pulak nak bagitau sempat encik SS lihat kelibat pelakon FAHRIN AHMAD (girl-girl sukalah kan) datang memberikan sokongan kepada pasukan ATM. Siap dukung budak kecik dengan seorang wanita di belakang...opsss nie kalau bagitau MELODI @ GALAKSI (Kak Kiah Rock mesti suka..JAGA2) mesti keluar tv punya.... 

No comments:

Post a Comment

Tolong...Tolong...Tolonglah Komen