Nuffnag Ads

Monday, October 22, 2012

TOLONG SAYA NAK DEMAM

Adakah korang dah bersedia untuk demam? Demam apa? Bukan saja2 nak suruh demam tapi kalau bercakap pasal topik nie mestilah majoriti rakyat Malaysia akan dilanda demam punya. Untuk pengetahuan korang bukan demam AKADEMI FANTASIA ek (dah tamat riwayat pun) tapi demam BOLASEPAK merangkap PIALA MALAYSIA EDISI 2012. Encik SS dengan budak2 umah bungalow 66, encik Nazr Crew dan encik Sergio Zahidi telah gigih berjalan kaki (sangaaattttt) ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan yang terhebat di abad muka bumi ini. Dimaklumkan perlawanan bola ini melibatkan pasukan negeri Kelantan vs pasukan ATM (inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang). Mesti korang pikir apa kejadahnya nak pergi ke stadium tu, berhimpit-himpit dan bersesak-sesak plus ngan jem lagi tapi ada kitorang kisah. Demi menyatakan sokongan kami kepada pasukan PUJAAAN HATIKU iaitu pasukan KELANTAN, lautan manusia Stadium Shah Alam kami renangi harungi ok!

Kitorang bertolak dalam pukul 5 petang. Sesampai aja di Shah Alam, berduyun-duyun kereta, bas ,  kapal terbang (menipulah tu) bertempiaran di sekitar stadium. Punyalah stress nak cari parking, hujan pulak turun dengan lebatnya (hujan rahmat tanda kemenangan kot). Dah parking, perut lak lapar. Kenalah makan dulu, baru ada feel nak bersorak. Gomo Kelate Gomo!

Masuk aja stadium memang satu pemandangan yang tak disangka2. Selautan luas manusia berwarna merah memenuhi segenap pelusuk stadium. Dengan alunan bunyi gendang lagi. Memang terbaik penyokong-penyokong THE RED WARRIOR. Macam nielah peminat-peminat tegar bolasepak. Dari mula game sampai akhir game kedua-dua pasukan memang sama hebat (Kelantan lebih sikitlah...hahahaha). ATM memberikan tentangan yang sengit tapi kalau dah nasib untuk Kelantan menang nak buat macamana kan....Overall sangat-sangat puas hati....

Macam biasalah kalau tak disertakan dengan gambar-gambar pengikut-pengikut tegar blog encik SS mana percaya kan....



















Lupa pulak nak bagitau sempat encik SS lihat kelibat pelakon FAHRIN AHMAD (girl-girl sukalah kan) datang memberikan sokongan kepada pasukan ATM. Siap dukung budak kecik dengan seorang wanita di belakang...opsss nie kalau bagitau MELODI @ GALAKSI (Kak Kiah Rock mesti suka..JAGA2) mesti keluar tv punya.... 

Tuesday, October 9, 2012

TERIMA KASIH AWAK..........


Elop. Mesti korang pelik kan kenapalah encik SS nak bagi ucapan terima kasih kat dia (siapakah dia tuh?)...hehehehe..
Sebenarnya tak sangka plak dapat hadiah lagi daripada si dia. Dahlah dapat tiket wayang, frame gambar, tup tup awak bagi saya kondom (bukan-bukan) tetapi T-Shirt edisi filem                   LOOPER. Macam biasalah kan kalau korang tak disertakan gambar takkanlah nak percaya kata-kataku ini..Oleh itu saksikanlahhhh



















Wednesday, October 3, 2012

HADIAH DARIPADA SI DIA......


Helo, dah lama tak update blog. Anyway encik SS nak share ngan korang semua. Tak sangka dapat hadiah daripada seseorang. Ada jugak orang ingat kat kita. Hahaha...
Mesti korang pelik kan apsal ar encik SS feeling happy dapat hadiah. Sapalah insan yang telah berjaya mencairkan hati ini. Hatiku hatimu menjadi satu cinta......lalalalala...
Di kesempatan yang ada ini encik SS nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dekat 'awak' kerana telah memberikan hadiah yang terindah buat saya. Saya menghargainya dan awak akan sentiasa berada dalam hati saya. Kau yang terindah.....(tupai.com.my). 
Untuk itu encik SS nak kongsikan hadiah yang telah diterima buat tatapan anda semua....

hadiah darimu untukku



jom tengok wayang



cantik tak si dia?

credit to tupai.com.my for the gifts

Wednesday, September 26, 2012

.............................GOYANG YUKKKK




IBU-IBU, BAPAK-BAPAK SEMUA YANG ADA DI SINI.....
ENCIK SS MAU BILANG SESIAPA YANG MAU ORDER BISKUT UNTUK RAYA HAJI MAKANYA SUDAH DIBUKA ORDERNYA SEKARANG
 JENIS BISKUTNYA DAN HARGA TETAP SAMA TIDAK BERUBAH...
                                         (erkkk tetiba cakap macam nie?)





PESANAN PENAJA : sila rujuk entri biskut raya sebelum nie ek



Tuesday, September 4, 2012

                                                SELOKA HARI RAYA


Bertemu lagi untuk edisi hari raya 2012...erk pembaca berita plak. Hahaha. Mesti korang pelik kan apalah motip encik SS buat tajuk entri "SELOKA HARI RAYA". Untuk pengetahuan korang semua hari Khamis bersamaan 6hb Sept 2012 merangkap 19 Syawal 1433 opis encik SS ada buat jamuan raya. Cik Puan BOS telah merequestkan (maafkan saya Dewan Bahasa Pustaka untuk penggunaan tatabahasa yag rojak) agar encik SS ngan Nancy the Sabahan Girl (tiada keretaku bawak ko jalan2) untuk menyanyi masa jamuan raya nanti. (Sedap ker suara iols nie?) Punya gelabah kitorang ndak tau mau nyanyi lagu apa...(tetiba feeling cakap sabah plak). Bincang punya bincang last-last encik SS sama si Nancy pilih lagu raya Hail Amir dan Uji Rashid. Cuba korang teka lagu apa kalau korang bijak bestari sangaatttt.....
Maka dengan semangat untuk menonjolkan vokal bukan sekadar rupa uols maka encik SS ngan si Nancy bersama-sama kawannya si Mila Kesuma gigih pergi karaoke giteww untuk event yang terhebat di tempat kerja. Korang tak caya? Nak bukti?.....

kenapa? tak percaya ek?


Dengan baik hati jugak encik SS selitkan lirik lagu raya supaya korang semua boleh sama-sama. Bolehlah test power vokal bukan sekadar rupa next time. 

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )


Thursday, August 30, 2012


                         

                                                        SELAMAT HARI RAYA KER???

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA WARGA BLOG MALUSAYO.....

SORILAH ENCIK SS TAK SEMPAT NAK WISH UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KAT KORANG SEMUA. AMPUN DAN MAAF DIPINTA ANDAI SELAMAT KITA BERBLOG NIE BANYAK KESALAHAN TATABAHASA, PERKATAAN DAN SEWAKTU DENGANNYA TELAH MENGURIS HATI DAN PERASAAN KORANG SEMUA.....( mood sedih sangaaatttttt tauuuu )

NASIB BAIKLAH BISKUT RAYA DAN SERUNDING ENCIK SS MENDAPAT SAMBUTAN WALAUPUN YER DUGAAN YANG DATANG MELANDA. KALAU TAK KOMPEM ENCIK SS AKAN MERAUNG KESAKITAN........











Wednesday, August 8, 2012

orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak

bila lapar,yang suapkan aku...mak

bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak

kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak

bila bangun tidur,aku cari...mak

bila nangis,orang pertama yang datang...mak

bila nak bermanja,aku dekati...mak

bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak

bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak

bila nakal,yang memarahi aku...mak

bila merajuk,yang memujukku cuma...mak

bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak

bila takut,yang tenangkan aku...mak

bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak

aku selalu teringatkan...mak

bila sedih,aku mesti talipon...mak

bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak

bila bengang,aku suka luah pada...mak

bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"

bila sakit,orang paling risau adalah...mak

bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak

bila buat hal,yang marah aku dulu...mak

bila ada masalah,yang paling risau...mak

yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak

yang selalu masak makanan kegemaranku...mak

yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak

yang selalu berleter kat aku...mak

yang selalu puji aku...mak

yang selalu nasihat aku...mak

bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak




bila seronok,aku cari...pasanganku

bila sedih,aku cari....mak

bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku

bila gagal,aku ceritakan pada...mak

bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku

bila berduka,aku peluk erat...emakku

bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku

bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak

bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah

bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"

selalu..aku ingat pasanganku

selalu..mak ingat kat aku

bila-bila..aku akan talipon pasanganku

entah bila..aku nak talipon mak

selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah 
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 


terima kasih untuk perkongsian ilmu kat         http://suraual-ikhwan.blogspot.com 

Tuesday, July 10, 2012

                                       PENGUMUMAN....                      
                        
                          PENGUMUMAN....       


PENGUMUMAN...

KEPADA WARGA BLOG MALUSAYO, ENCIK SS NAK MEMPROMOSIKAN KEK COKLAT DAN APAM PELANGI KELUARAN DARI DAPUR MY SIS CIK NOORAHIMAH AKA SESEMUT IJAU (MATILAH KENA MARAH NANTI.....)
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH BOLEHLAH MELAYARI FACEBOOK SESEMUT IJAU DAN BERHUBUNG TERUS DENGAN TUAN PUNYA BADAN. PENGUMUMAN INI DIBUAT UNTUK MENAIKKAN JUALAN PRODUK CIK SESEMUT IJAU, TIADA KOMISEN YANG TERSEMBUNYI DIBERIKAN....









Monday, July 9, 2012

PUTRAJAYA FLORIA 2012


aktiviti hujung minggu dihabiskan dengan melawat pesta PUTRAJAYA FLORIA 2012 (apa tuhhh???) sila google untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Maka satu kerugian yang amat besar kalau korang tak berpeluang menikmati panorama keindahan bunga-bungaan cinta  di Putrajaya. Sebenarnya budak rumah encik SS yang ajak pergi pesta floria ni. Kebetulan dia aka Sergio Zahidi ada kursus kahwin (motif???) kat MOF. Alang-alang menyeluk pekasam, carilah asam kat pesta floria tu. Memang seronok pergi dan sungguh tak kusangka betapa macam-macam benda yang boleh dibuat dengan makhluk Tuhan yang bernama bunga.....




















Memang best pergi Putrajaya Floria nie. Semestinya ianya akan menjadi salah satu kalendar wajib dalam diari Encik SS untuk tahun hadapan.....

Wednesday, June 27, 2012

         BISKUT RAYA 2012

ALOP SEMUA....
KEPADA KORANG YANG NAK ORDER BISKUT RAYA, TEMPAHAN DAH DIBUKA SEKARANG. UNTUK PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN ADA TOL 012-9154020 @ EMAIL TEMPAHAN DI ALAMAT EMAIL ridzfacie1@gmail.com. ORDER AKAN DAPAT SEMINGGU SEBELUM RAYA. TARIKH AKHIR ORDER SEMINGGU SEBELUM PUASA. ( CEPAT-CEPAT JANGAN KETINGGALAN)

BISKUT TAT NENAS 



BISKUT SAMPERIT 



BISKUT CHOCOLATE CHIP 




BISKUT OAT CHOCOLATE 



BISKUT CORNFLAKES 



BISKUT GAJUS

FILEM BRAVE

untuk pengetahuan warga blog semua, encik SS telah menang peraduan 2 tiket untuk preview filem Brave nie. Thanks kat www.tupai.com.my kerana memberi peluang keemasan ini kepada saya (macam bagi ucapan dapat trofi anugerah bintang paling popular ajer...ahaksssss). Mesti korang tak percaya kan....nanti encik SS preview tiket wayang tersebut. Saksikanlah....Saksikanlah olehmu........

SINOPSIS
Merida (suara oleh Kelly Macdonald) adalah seorang yang mahir memanah dan juga anak kepada Raja Fergus (Billy Connolly) dan Permaisuri Elinor (Emma Thompson). Nekad untuk menentukan perjalanan hidupnya sendiri, Merida telah mengingkari satu adat lama sehingga menyebabkan keadaan menjadi kucar-kacir serta keluarga disumpah. Merida terpaksa mencari jalan untuk memulihkan keadaan sebelum terlambat.

Diarahkan oleh Mark Andrews dan Brenda Chapman, "Brave" dibarisi oleh Kelly Macdonald, Julie Walters, Billy Connolly, Emma Thompson, Kevin McKidd, Craig Ferguson dan Robbie Coltrane.


             

             tapi kan...tapi kan...ini citer kartunlahhhhh....

Monday, June 18, 2012

bUrgEr KAW KAW

                                      alop....

Dah lama rasanya encik SS tak update blog nie. Al maklumler bila tahap kemalasan melanda jiwa dan raga maka mood untuk berblogging pun lemau aja....

al kisahnyer malam minggu yang lalu (Sabtu bersamaan 16.06.2012-detailnyer) encik SS wif my sis meronta-ronta untuk menikmati kelazatan dan keenakan burger KAW KAW yang menjadi topik hangat makanan di abad ini. Memula kitorang pergi kat Sg Pelek, Sepang nak cari kerepek. Tapi sayang semuanya sudah terlambat kedai tutup daaa.....



Maka, tanpa berlengah lagi kitorang bergegas gigih memecut kereta untuk ke lokasi makan yang tersohor dan termasyhur di Puchong. Destani jalan - jalan makan - makan sampai lebam adalah di Lokas Makana (apa tuh????????)


inilah destinasi yang di tuju

Lokasinya terletak di Puchong Utaman. Tapi senang je nak cari sebab dari tepi jalan dah boleh nampak. Daripada Carrefour Puchong Utama , jalan terus ke kawasan perumahan, confirm akan nampak Lokas Makana di sebelah kanan.Kitorang sampai sana dalam 8.30 malam. Banyak gerai yang ada di sini.Dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh, kitorang ambik no giliran (untuk apa semua nie????). Untuk pengetahuan korang semua, tahap populariti burger KAW KAW nie memang dahsyat sampai kena ambik no giliran. Kalau tak meraunglah korang menunggu burger nak siap. Ini bukan cubaan tapi betul-betul......

no angka giliran

sambil menunggu burger siap, sempatlah kitorang menghabiskan membeli makanan lain. My sis beli mee kuah ketam (rasanya macam mee bandung) dan juga Takoyaki (sila google kalau korang nak tahu apa bender nie). Sorry kualiti gambar kurang memuaskan tapi percayalah rasanya memang TERBAEEKKKK!!

inilah TAKOYAKI

Disebabkan encik SS dan my sis kekenyangan menikmati makanan di atas , maka kitorang budget nak makan burger kat rumah aja. Nikmatilah transformasi makan - makan burger KAW KAW sampai lebam nie....


+
+
+
+
V


+
+
+
+
V


                                                                                           +
                                                                                           +
                                                                                           +
                                                                                           +
                                                                                           V





Oh ya sebelum terlupa, mana tahu korang nak singgah menikmati buger KAW KAW nie, dilampirkan sekali menu harga makanan supaya korang tak lebam biji mata....HAHAHAHAHAHAHA 




Kredit kepada eatingdimsum.blogspot.com untuk gambar lokasi dan senarai harga burger. (kalau tak letak nama diorang nanti kena saman....huhuhuhhuhu)



















Friday, March 30, 2012





STEP 1
For example  birthday is 19/03/1986. So put it this way:
AB / CD / EFGH. 

 Figure 1: Macamana nak Kira?



Figure 2: Result 

STEP 2
Look at my number outside the triangle on the left, how do i get 7+5= 3?
Yes the answer is 12. But 12 is a two digit number. So it is crucial that you bear in mind to change it to one digit.
12 ---> 1+2= 3. 
So the final number is 7+5= 3
Figure 3: My chassis number (in yellow box)

STEP 3
Determine your chassis number. My chassis number is 1-3-1 which i call my code number.

1

WHO HAS IT?
  • Bijak
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
  • Tidak suka dengar arahan orang lain
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus.
  • Suka memerhatikan orang
  • Kreatif
  • Banyak idea
  • Pantang dicabar
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
  • Berdikari
  • Positive thinking
  • Sentiasa nak menang
  • Keras kepala
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam
  • Selalu dipijak pijak
  • Perfectionist
  • High expectation
  • Terlalu berterus terang

2

WHO HAS IT?
  • Mudah keliru
  • Susah buat keputusan
  • Easy to manipulate
  • Ada kekuatan suara
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan
  • Jujur
  • Suka pada kebersihan
  • Tenang
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat
  • Memahami
  • Mudah bersabar
  • Mudah simpati
  • Mudah memaafkan
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan
  • Sangat- sangat emosional
  • High jealousy
  • Boleh dipercayai
  • Pengikut yang bagus
  • Tahap kesabaran yang tinggi

3

WHO HAS IT?
  • Aktif
  • Mudah popular
  • Menawan semasa muda
  • Senang diberi tanggungjawab
  • Mudah berkawan, kepoh
  • Baran
  • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna
  • Kurang kesabaran
  • Peramah
  • Nafsu tinggi
  • Suka mengikut fesyen terkini
  • Semangat tinggi
  • Kreatif
  • Artistic
  • Egois
  • Suka kritik secara terbuka
  • Suka mengawal

4
WHO HAS IT?
  • Suka merancang
  • Suka mencari ilmu dan belajar
  • Membuat kajian sebelum buat keputusan
  • Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
  • Bijak
  • Tidak mudah putus asa
  • Sukar simpan wang
  • Rajin. Kerja, etc
  • Keras kepala, susah ubah fikiran
  • Suka bersangka buruk pd org lain
  • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
  • Suka logik
  • Tidak berani ambil risiko
  • Setia
  • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

5
WHO HAS IT?
  • Suka mencari peluang, arah dan direction
  • Workaholic
  • Suka travel
  • Mudah naik pangkat
  • Their motto is "Life is a learning process"
  • Ada genetic degil
  • Adventurous
  • Bertenaga
  • Citarasa tinggi
  • Bernafsu tinggi
  • Bijak
  • Berani ambil risiko
  • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
  • Suka shopping dan boros
  • Angin turun naik
  • Suka bertangguh
  • Daya tarikan tinggi (charming)
  • Sexy (If perempuan)

6
WHO HAS IT?
  • Mata duitan
  • Suka mengawal wang
  • High taste
  • Kekeluargaan
  • Pendamai dua pihak bertelagah
  • Jujur
  • Penyayang
  • Mengambil berat
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Menegakkan keadilan
  • Tamak
  • Bijak

7
WHO HAS IT? 
  • Love to argue
  • Senang dapat pengikut atau penyokong
  • Senang berkawan
  • Cerewet
  • Popular
  • Suka benda mistik
  • Suka berfalsafah
  • Pendendam
  • Analytical (suka kaji dalam2)
  • Ada kekuatan kerohanian
  • Good instinct
  • Sensitive with surrounding
  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir

8
WHO HAS IT?
  • Bertanggungjawab
  • Boleh dipercayai
  • Pertahankan kawan
  • Keras kepala
  • Suka teratur
  • Suka membantu dan baik hati
  • Mudah simpati hingga tertipu
  • Mudah tertekan, tak reti have fun.
  • Instinct hebat, boleh jd bomoh
  • Setia
  • Materialistik
  • Suka kuasa
  • Ambitious

9
WHO HAS IT?
  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang
  • Love yang over


 STEP 4
If the number inside the green box (Figure 4 below) is the same, in other words the number in the green box is same both left and right, u have "nombor cermin". Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular. Sila lah kembangkan hidung hehe. Means that you are able to be great and successful if you fully use your potential, know your potential and you follow the right direction@system that suits you. Sesiapa yang tidak ada nombor ini jgn gusar, kerana anda juga boleh berjaya.                                                  



 Figure 4


STEP 5
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example i have number 1, 1, 1, 2, 3, 3, 3, 4, 5, 5, 5, 6, 7, 7, 7 and 9.

And here are the meaning if you have the combination of:
1 2 3 @ 1 2
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh ckp laju
  • Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
  • Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
  • Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)
4 2 6 @ 2 4
  • Pandai ceramah dan syarahan
  • Suka share ilmu
  • Boleh jadi motivator

8 4 3
  • Mudah bosan
  • Banyak angan2
  • Sukar berjaya if not focus
  • Selalu cari peluang baru/kejayaan
5 7 3
  • Senang bergaul dengan vip/atasan
  • Orang atasan senang percaya cakap dia
  • Senang disabotaj, senang sabotaj org
9 1 1
  • Suka berdikari
  • Susah ada partner sendiri dlm syarikat
  • Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh jd org tengah
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri
  • Keras kepala
  • Senang dikhiniati org
1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
Suka fikir dalam2, xsuka share, mudah kecewa, tekanan emosi

4 5 6
  • Bole jd akauntan dan uruskan kewangan 
  • Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang.
9 9 9
Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tmpat dikelilingi pokok

3 3 3 @ 8 8 8
  • Mudah tertekan
  • Panas baran
  • Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
  • Pendendam
  • Degil
  • Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!
4 5 9
Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat
6 7
Senang belanja org
1 5 6
Kerja outstation rezeki lebih baik
1 8 9
Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan
8 3
Suka aktiviti luar rumah, xsuka stay in ofis@rumah
3 3 6
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9 @ 2 7 @ 2 5 7
  • Ada pelaris semulajadi
  • Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
  • Menawan
  • Senang dapat penyokong/pengikut
  • Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
  • Mudah disabotaj
  • Kawan tidak setia sebab jealous!
  • Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us bebeh!
  • Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

P/S: So which one is yours? 

info yang dishare just untuk mencungkil benda-benda positif  yang ada dalam diri anda...


mekasih kat blog www.afrayuri.com for sharing the info