Nuffnag Ads

Wednesday, November 20, 2013

TULIS ATAS TANGAN

Alop bloggers, sori lama tak update blog. Al maklumlah alasan standard tak ada masa, sibuk 24 jam, idea tak datang dan yang paling syok MALAS ( makin kuranglah followers macam nie!).

Anyway just nak share ngan korang pasal SMS MARKETING! Apa bondo tuh? Khas buat korang peniaga tegar apa kata cuba kaedah nie. Manalah tahu boleh meluaskan lagi strategi bisnes korang. Ada 3 elemen yang korang kena tahu


KADAR SEMAKAN

Maksudnya bagaimana pelanggan kemaskini untuk dapatkan info baru. Tidak semua pelanggan akan buka emel setiap hari. Bahkan ada yang akan buka setiap minggu atau setiap bulan. Dalam masa kurang 3 minit SMS dihantar, automatik pelanggan akan terus dapat tahu perkembangan bisnes kita.

BACA DAHULU, BUANG KEMUDIAN

Perasan tak kalau kita buka emel, tindakan yang lazim kita lakukan adalah baca tajuk dahulu, kalau tajuk best baru dibaca isi kandungan emel berkenaan. Berbeza dengan sms, kebiasaan apabila sms masuk mesti korang baca kan! Kalau isi kandungan tu best, korang mesti akan baca sampai habis dan bertindak. Then, kalau tak suka delete ajer sms tuh. Nampak tak betapa kuatnya pengaruh sms.

KURANG BEBAN

Mempunyai alat pemasaran emel ibarat kita menanggung installment bisnes secara bulanan. Sebagai contoh, kita ambil pemasaran emel daripada Aweber. Setiap bulan, kita menanggung kos serendah USD19 dan harga meningkat selaras dengan jumlah emel yang kita ada. Pemasaran SMS berbeza kerana kita hanya bayar apabila mahu pakai. Dalam kes biasa, apabila kita mahu hantar SMS kepada pelanggan, kos akan ditolak menerusi servis telco yang ada.

kredit to http://writetowealth.my untuk perkongsian tips

Thursday, November 14, 2013

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Alop korang, encik SS doakan korang semua sentiada dimurahkan rezeki dipanjangkan umur.
Tengah idea datang berlegar-legar di kepala, nak share ngan korang tentang pasal ilmu yang baru ajer encik SS baca. Buku Mata Akal Mata Hati nukilan Prof Dr Muhaya Hj Mohamad (takyah guna encik Google, dengan baik hatinya encik SS sertakan gambar pakar inspirasi nie)









Tahu tak kita sebagai manusia ada 3 perkara yang Prof share susah diulangi SUSAH SUSAH SUSAH hendak dilakukan :

BUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK BAIK KEPADA KITA

KITA MEMPERTAHANKAN ORANG YANG KENA UMPATAN

MENGAKU SALAH. ORANG YANG MENGAKU SALAH IALAH ORANG YANG TAHU KELEMAHANNYA


Monday, November 11, 2013

SIAPA KAT SINI SUKA MAKAN BUKU?

Mesti korang pelik kan, kenapalah encik SS tanya soalan yang tak tercapai dek akalmu ni. Jangan marah ek, nanti kena jual. Hahahaha....

Anyway nak share buku biografi daripada tokoh yang kalau korang tak kenal tak payah tinggal kat Malaysialah jawabnya. Encik SS baru ajer habis mentelaah (betul ker perkataan nie, DBP harap betulkan!)

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


Jutawan Melayu





Memang best baca buku ini. Kandungan buku nie banyak memberi inspirasi kepada encik SS untuk berusaha untuk berjaya dan dapat membantu serta membahagiakan orang lain melalui kebajikan. Jangan lupa diri dan asal usul kita. Doa dan restu ayah dan ibu amatlah penting dalam hidup kita

Dipetik daripada buku beliau mengatakan:

 " Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh."

" Pendekatan saya mudah. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian."

"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua."

"Ibu saya banyak berkorban untuk keluarga kami, dan saya akan sentiasa menghargainya. Dia juga menjadi contoh seorang Islam yang baik, sesuatu yang saya cuba teladani. Sehingga hari ini, saya masih meminta nasihatnya dan dia tidak pernah mengecewakan saya."



MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI!


Erk...apa bender makhluk Tuhan paling seksi? Mesti korang pelik kan apa kena tajuk entri kat atas dengan story yang encik SS nak share. Macam biasalah tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati pun. Actually dah lama nak update tapi asyik twenty four seven busy ajer, baru berkesempatan nak share.

Al kisahnya last week pergi tengok movie wif my adik-beradik. Kitorang memang kaki tengok wayang dan kaki nyanyi. Duit gaji memang dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti tarik suara dan bukak mata. (memang fail bab bab pengurusan kewangan nie!)

Oh ya movie yang kitorang tengok tuh citer THOR : THE DARK WORLD

second movie


Sebelum nie dah follow daripada movie yang pertama, makanya apabila dah keluar sekuel (bukan squirrel adik-adik), sebagai penyokong tegar panggung wayang kenalah tidak melepaskan peluang untuk menonton sambungan THOR nie.

first movie