Nuffnag Ads

Wednesday, November 20, 2013

TULIS ATAS TANGAN

Alop bloggers, sori lama tak update blog. Al maklumlah alasan standard tak ada masa, sibuk 24 jam, idea tak datang dan yang paling syok MALAS ( makin kuranglah followers macam nie!).

Anyway just nak share ngan korang pasal SMS MARKETING! Apa bondo tuh? Khas buat korang peniaga tegar apa kata cuba kaedah nie. Manalah tahu boleh meluaskan lagi strategi bisnes korang. Ada 3 elemen yang korang kena tahu


KADAR SEMAKAN

Maksudnya bagaimana pelanggan kemaskini untuk dapatkan info baru. Tidak semua pelanggan akan buka emel setiap hari. Bahkan ada yang akan buka setiap minggu atau setiap bulan. Dalam masa kurang 3 minit SMS dihantar, automatik pelanggan akan terus dapat tahu perkembangan bisnes kita.

BACA DAHULU, BUANG KEMUDIAN

Perasan tak kalau kita buka emel, tindakan yang lazim kita lakukan adalah baca tajuk dahulu, kalau tajuk best baru dibaca isi kandungan emel berkenaan. Berbeza dengan sms, kebiasaan apabila sms masuk mesti korang baca kan! Kalau isi kandungan tu best, korang mesti akan baca sampai habis dan bertindak. Then, kalau tak suka delete ajer sms tuh. Nampak tak betapa kuatnya pengaruh sms.

KURANG BEBAN

Mempunyai alat pemasaran emel ibarat kita menanggung installment bisnes secara bulanan. Sebagai contoh, kita ambil pemasaran emel daripada Aweber. Setiap bulan, kita menanggung kos serendah USD19 dan harga meningkat selaras dengan jumlah emel yang kita ada. Pemasaran SMS berbeza kerana kita hanya bayar apabila mahu pakai. Dalam kes biasa, apabila kita mahu hantar SMS kepada pelanggan, kos akan ditolak menerusi servis telco yang ada.

kredit to http://writetowealth.my untuk perkongsian tips

Thursday, November 14, 2013

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Alop korang, encik SS doakan korang semua sentiada dimurahkan rezeki dipanjangkan umur.
Tengah idea datang berlegar-legar di kepala, nak share ngan korang tentang pasal ilmu yang baru ajer encik SS baca. Buku Mata Akal Mata Hati nukilan Prof Dr Muhaya Hj Mohamad (takyah guna encik Google, dengan baik hatinya encik SS sertakan gambar pakar inspirasi nie)









Tahu tak kita sebagai manusia ada 3 perkara yang Prof share susah diulangi SUSAH SUSAH SUSAH hendak dilakukan :

BUAT BAIK KEPADA ORANG YANG TIDAK BAIK KEPADA KITA

KITA MEMPERTAHANKAN ORANG YANG KENA UMPATAN

MENGAKU SALAH. ORANG YANG MENGAKU SALAH IALAH ORANG YANG TAHU KELEMAHANNYA


Monday, November 11, 2013

SIAPA KAT SINI SUKA MAKAN BUKU?

Mesti korang pelik kan, kenapalah encik SS tanya soalan yang tak tercapai dek akalmu ni. Jangan marah ek, nanti kena jual. Hahahaha....

Anyway nak share buku biografi daripada tokoh yang kalau korang tak kenal tak payah tinggal kat Malaysialah jawabnya. Encik SS baru ajer habis mentelaah (betul ker perkataan nie, DBP harap betulkan!)

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY


Jutawan Melayu





Memang best baca buku ini. Kandungan buku nie banyak memberi inspirasi kepada encik SS untuk berusaha untuk berjaya dan dapat membantu serta membahagiakan orang lain melalui kebajikan. Jangan lupa diri dan asal usul kita. Doa dan restu ayah dan ibu amatlah penting dalam hidup kita

Dipetik daripada buku beliau mengatakan:

 " Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh."

" Pendekatan saya mudah. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian."

"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua."

"Ibu saya banyak berkorban untuk keluarga kami, dan saya akan sentiasa menghargainya. Dia juga menjadi contoh seorang Islam yang baik, sesuatu yang saya cuba teladani. Sehingga hari ini, saya masih meminta nasihatnya dan dia tidak pernah mengecewakan saya."



MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI!


Erk...apa bender makhluk Tuhan paling seksi? Mesti korang pelik kan apa kena tajuk entri kat atas dengan story yang encik SS nak share. Macam biasalah tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang mati pun. Actually dah lama nak update tapi asyik twenty four seven busy ajer, baru berkesempatan nak share.

Al kisahnya last week pergi tengok movie wif my adik-beradik. Kitorang memang kaki tengok wayang dan kaki nyanyi. Duit gaji memang dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti tarik suara dan bukak mata. (memang fail bab bab pengurusan kewangan nie!)

Oh ya movie yang kitorang tengok tuh citer THOR : THE DARK WORLD

second movie


Sebelum nie dah follow daripada movie yang pertama, makanya apabila dah keluar sekuel (bukan squirrel adik-adik), sebagai penyokong tegar panggung wayang kenalah tidak melepaskan peluang untuk menonton sambungan THOR nie.

first movie





Thursday, October 31, 2013

KENAPA SAYA TIDAK BERJAYA LAGI DARI SEGI KEWANGAN EK?

Pernah tak persoalan ni bermain - main kat pemikiran korang. Encik SS lagilah semak kepala, dengan status sebagai penjawat awam tegar nie. Asal masuk tengah bulan mulalah duit kocek menjadi sengkek dan sempit. Semputtttt...............
Semput Tahap Gaban!
So Encik SS nak share apakah jawapan ataupun solusi kepada persoalan kat atas. Jawapannya adalah
  1. Sebab kita tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada tindakan apa yang mereka lakukan dan bersyukur
  2. Pernah kita perhatikan kedudukan kita di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Percaya tak dengan berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda
  3. Kuasa merubah kewangan kita dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & Tawakal, kuasa Ilmu, kuasa Strategi, kuasa Tindakan Luar Biasa, kuasa Fokus, kuasa Menyumbang/Memberi, kuasa kuasa Istiqomah, kuasa Ikhlas, kuasa Syukur, Sabar dan Redha serta kuasa Minda Positif. Jangan lupa check solat 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibubapa, suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka @ tidak serta DILUPA JANGAN adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.
Orang yang banyak merungut kepada Allah s.w.t AKAN hidup penuh rungutan

KREDIT PERKONGSIAN ILMU INI DARIPADA http://azizanosman.com





5 LANGKAH JANA INCOME MELALUI FACEBOOK PAGES

Encik SS nak kongsikan ngan kawan-kawan semua ilmu yang sempat dicedok dalam Majalah Niaga (TERIMA KASIH YER!). So kalau korang nak rasa nak menjana pendapatan sehingga RM7K, apa kata korang cuba tips @ langkah yang disharekan. Tak rugi pun kalau nak cuba!

LANGKAH 1# JADI 'BRAND AMBASSADOR'

Usahawan kecil mestilah mempunyai 3 kriteria dalam memaksimumkan FACEBOOK PAGES. Kriteria tersebut adalah Menetapkan Fokus Produk, Memilih Jenama Bisnes dan Mengetahui Sasaran Pelanggan.

Makanya, 3 langkah untuk menjadi 'Brand Ambassador' adalah

  1. Tambah Rakan-Rakan Sebanyak Yang Mungkin Yang Sesuai Dengan Bisnes Kita
  2. Sertai Facebook Pages, Events @ Group Yang Berkait Dengan Produk Kita
  3. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pengguna Facebook Lain Yang Sentiasa Komen Pada Gambar, Pages @ Komen
LANGKAH 2 #PADATKAN FAN PAGE DENGAN MAKLUMAT BERBENTUK MULTIMEDIA

Strategi mengemaskini FACEBOOK PAGE kita (kredit to website Seomoz.org) adalah
  1. Sentiasa muat turun gambar produk @ servis bisnes, opis yang berkaitan dengan bisnes
  2. Tunjukkan bagaimana produk bisnes kita berfungsi dengan menggunakan gambar
  3. Jika kita ada bahan merekod video, ianya senjata pemasaran tambahan
  4. Guna video untuk memberi respon kepada pelanggan kita
LANGKAH 3 #LENGKAPKAN MAKLUMAT BISNES

  1. Pergi ke http://www.facebook.com/usernama
  2. Letak nama bisnes @ produk yang relevan/gempak, di ruangan 'Enter Desired Username' 
  3. Kalau boleh letakkan dalam ruangan profil supaya senang pelanggan kita terus klik pada pautan 
LANGKAH 4 #MAKSIMAKAN FUNGSI LANDING TAB

Landing Tab fungsi khas dalam facebook. Ianya dicipta untuk ruangan interaktif mengikut kreativiti sendiri.  Contohnya kita hendak mendapatkan emel atau nombor telefon pelanggan.

LANGKAH 5 #PASTIKAN PAGES BISNES SENTIASA SEGAR

Konsistensi dalam pemasaran FACEBOOK PAGES boleh dilakukan melalui
  1. Pengumuman produk-produk terbaru menggunakan fungsi gambar, video dan juga wall post
  2. Sentiasa berhubung dengan pelanggan melalui FACEBOOK PAGES
  3. Bertanyakan soalan kepada pengguna. Contoh bagaimana memperbaiki kualiti servis bisnes 
  4. Perbanyakkan aktiviti komunikasi. Contoh pertandingan teka dan menang

Wednesday, October 30, 2013

GOALLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oit, apahal plak melalak sebut gol nie. Apa taknya final Piala Malaysia daaa tak lama lagi nie. 3hb November bertempat di Stadium Shah Alam. Tak sabar nak tengok kehebatan dua negeri beradu berentap kekuatan. Yang bukan kaki bola tuh encik SS dengan baik hati nak share pasukan mana yang menempah tempat ke final.


Memandangkan encik SS asal usul dari negeri Cik Siti Wan Kembang, mestilah kawe sokong Kelate. Semangat Gomo Kelate Gomo vs Tok Gajah. Kalau korang nak tau, fanatik peminat bola sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan tiket final bola.

Memang Fanatik Tahap Gaban
Untuk kedua-dua pasukan GOOD LUCK diucapkan. Kelate boleh menang dengan jaringan 2-1. Hahaha

Pejam celik Pejam celik dah nak masuk bulan November 2013....
Betapa cepatnya masa berlalu, tak lama lagi nak masuk tahun baru. Sebenarnya encik SS nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI
                                                                                         kepada kawan-kawan yang beragama hindu.






Friday, October 18, 2013

BANGUN.......SELAMAT PAGI CIKGU!!!!!!


Apa kes pagi-pagi nak kena bangun siap ucap selamat pagi cikgu? Sebenarnya tak ada kaitan pun. Cuma encik SS teringatkan kenangan dulu-dulu, waktu zaman persekolahan. Zaman remaja uda dan dara (tibaaaa), sekarang pun remaja jugak tapi remaja purba....Alangkah seronoknya kalau dapat kembali ke zaman persekolahan. Ntahlah bila dah masuk alam dewasa nie encik SS rasa banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Ko ingat budak sekolah takder masalah ker bro? Thats true tapi tak sehebat masalah orang dewasa. Budak sekolah tugasnya pergi sekolahlah kan...HAHAHAHAHA


Sunday, October 13, 2013

BIARLAH RAHSIA

Alop korang....

Encik SS just nak share sesuatu mengenai tips @ strategi cara untuk menjadi jutawan yang berjaya (tetibaaaa....motip?). Ini bukan skim MLM ataupun yang sewaktu dengannya tapi sekadar perkongsian ilmu yang encik SS dapat daripada sumber yang boleh dipercaya dan dipercayakan (betul ker perkataan nie?).

Mesti korang pelik tajuk kat atas tuh berkaitan dengan lagu Datuk Siti Nurhaliza ker? Jawapannya memang tidak ada kaitan pun antara yang hidup mahupun yang mati. HAHAHA

Bercakap mengenai bagaimana MEMULAKAN PERNIAGAAN, adalah penting untuk korang semua WARNA-WARNAI PERNIAGAAN ANDA (tak berkaitan dengan lagu warna-warni di aidilfitri ok!). Apa yang encik SS faham produk seperti Coca-Cola, Pepsi adalah antara jenama yang kuat hanya melalui daya tarikan warna. So, adalah penting untuk korang yang mempunyai perniagaan meletops kebaboommmm (confirm salah penggunaan bahasa melayuku...) ada warna @ jenama perniagaan anda. Ia penting untuk memberikan daya tarikan profesional kepada perniagaan walaupun kecik @ ciput ajer perniagaan korang. Warna jenama perniagaan anda boleh meliputi apa sajer melibatkan promosi, laman web, kad bisnes, logo malah dekorasi kedai pun boleh. Nampak tak melalui warna boleh menarik perhatian orang terhadap kita.

p/s : Encik SS masih lagi memikirkan warna jenama untuk diri sendiri. Apa cer?

Tuesday, October 8, 2013

ANDA KAYA DAN BERJAYA!!!!!

Bolehker kita jadi orang kaya dan berjaya kawan-kawan? Hmmm....bagi encik SS semua orang ada peluang dan ruang serta potensi untuk berjaya. Yang penting kena ada PASSION (tetiba cakap english apahal?). Yup itu yang encik SS belajar dari mentor DAO. Kita kena ada minat untuk buat sesuatu benda. Korang mesti ada something dalam diri masing-masing samada bakat @ kemahiran yang boleh dijanakan untuk menjadi jutawan (erkkkk).
Macam korang kalau dah minat artis-artis (contoh paling senang)...sanggup buat apa sahaja demi mengejar cita-cita serta impian untuk berjumpa dengan artis feberet (teruknyer bahasa melayuku). Apa yang penting FOKUS FOKUS FOKUS FOKUS FOKUS (berapa kali mau fokus daaa) dalam setiap apa yang korang inginkan. Bila korang dah ada IDEA  terus BUAT/LAKSANA (tetiba teringat iklan dalam tv "JANGAN BERLENGAH LAGI!")

Kiranya bila MINAT plus FOKUS plus LAKSANA/BUAT hasilnya ANDA JUTAWAN INDUSTRI....


Encik SS sertakan sekali lagu AKU KAYA buat tatapan semua


Monday, October 7, 2013

BILA BUNYI BERSATU KAU MILIKKU....

Mesti korang pelik kan, apa kena mengena topik di atas dengan story yang encik SS nak share nie. Hmmm...memang tak ada kaitan pun. Di saat waktu terhenti, perut kosong, angin sempoi-sempoi bahasa menerjah lalu (maafkan saya Dewan Bahasa Pustaka untuk tatabahasa yang sadis)...sajer nak share ngan korang tentang apa yang berlaku hari nie.
Rutin encik SS kalau pergi kerja, lepas punch kad bukak pc. Feeling blur2 manja pagi-pagi then baca paper. (Is this normal habit?). Then pergi bekpes ngan sedara Lee Chong Wei (ahakss...my opismate memang macam Dato LCW plus dia pun pandai main badminton). Lupa nak bagitau kan kat korang encik SS dah tukar tempat kerja. (gatal nak tukar sangat kan!)
Tengok kerja-kerja yang menanti akan diriku...(tetiba lagu Stacy-Bosan) menjelma. Tapi kena gigihkan juga sebab kerja kena ikhlas, baru berkat KOT. Pernah tak korang rasa bosannyer dengan life skang? Kalau ada poket ajaib Doraemon mesti mau tukar alam lain. (kalau alam barzakh sendiri mau ingat ok!).
Hari ni sibuk training suara untuk majlis meraikan pekerja-pekerja harapan nusa dan bangsa on this coming Thursday, separuh hari dah dihabiskan kat sana. Gara-gara nak upgrade SKT, kerja hakiki tolak tepi buat sementara.  Kalau dah diriku begitu berharga, merasakan diri bak Hafiz AF apa nak dikato?

Sunday, October 6, 2013

AKU DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua


Mesti korang semua pernah dengar lagu nie kan? sapa sangka budak kecik pun boleh buat duit asalkan ada minat dan kesungguhan. Siyes jealous ngan budak nie...kecik-kecik dah jadi jutawan. Bercakap pasal jutawan, tak sangka lak encik SS boleh terjebak dalam program Mentor Pemasaran No #1 Asia (tekalah kalau korang bijak) pada 27-29 September 2013. Impaknya sangat membuka minda akal dan hati encik SS. Gara-gara program IJI 2013 ini, hidup encik SS HURU-HARA(diulangi sejuta kali). Tak kusangka, pada mereka yang ada passion @ minat boleh ditukar untuk menjadi sumber pendapatan kita. Itu apa yang Dr Azizan sharing dengan bakal-bakal jutawan (termasuk encik SS) pada hari tersebut. So, kalau dolo2 tulis blog untuk suka-suki jer, sekarang dah tau apa matlamat dan hala tuju. Memetik lagi apa yang disharing oleh DAO (Dr Azizan Osman ok!), untuk menjadi jutawan industri kita mestilah jadi pakar dalam industri tersebut. Kau Mampu?

Monday, July 29, 2013

alop bloggers

lama giler tak update blog encik SS nie. Sampai dah bersawang labah-labah jadinya. Sori ek korang semua. Bila nafsu tahap kemalasan tahap gaban melanda makan jari jemari pun mulai malas nak menaip. (Betul ker?)

oh ya untuk pengetahuan korang semua encik SS skang dah berpindah tempat kerja baru. Tempat baru, suasana baru, kawan-kawan baru. Biasalah kalau tempat baru so banyak bender kena blaja. Sampai demam2, batuk2....tahap metabolisma pun sampai semput gara2 kena buat kerja baru. Tapi itu dulu, skang dah back to normal. 

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua bloggers kat around the world. Jangan kantoi poser yer....
Raya pun dah nak dekat. Biz biskut raya dan serunding tetap on walaupun berada di opis baru. Syukur dipermudahkan olehNya. Try test market jual kuih muih untuk berbuka...sambutan MELETOPS U ALL!!!


Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


CHAK CHAK


APA KABA KORANG SEMUA? WOWWW PEJAM CELIK PEJAM CELIK DAH SETAHUN MASA BERLALU, TAHUN 2012 PUN DAH BLAHHH (ERKK BETUL KER?) MENINGGALKAN KITER SEMUA. TUTUP BUKU LAMA BUKAK BUKU BARU. YUP , ITS A NEW CHAPTER....







MACAM BIASALAH KAN KORANG KALAU DAH ADA TAHUN BARU MESTI ADA AZAM BARU ( AZAM YANG LAMA DAH TERCAPAI AKALMU KAH??). ABE SS HARAP KORANG AKAN BERJAYA DALAM MENGAPAI IMPIAN DAN CITA-CITA KORANG. ERKKK ......ABE SS ???(APAKAH MOTIP)......

TUH NAMANYA REBRANDING aka PENJENAMAAN SEMULA...BARULAH MESRAAAAAA (SANGATTT). OKLAH HANYA ITU YANG DAPAT KUTITIPKAN BUATMU TEMAN PENGGANTI (TETIBA AYAT FEELING SKEMA PLAK) DALAM CORETANKU UNTUK KALI INI...